Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 August, 2011

Tarbiyah Diri

Assalamualaikum, berkesempatan meng"log in" blog ini lagi dan terus papan kekunci ditekan-tekan dan akhirnya mengagahkan diri ini jua untuk mencoret sedikit ''note'..tarbiyah diri..erm terlelap seketika selepas berteleku di tikar sejadah sambil mulut ini melafazkan kalamullah yang indah itu, Alhamdulillah hari ini sudah 9 of Ramadhan 1432H umat islam berpuasa, dan malam ini merupakan malam terakhir fasa yang pertama iaitu kerahmatan, dan selepas ini akan bermula fasa yang kedua iaitu keampunan, amat cepat kan Ramadhan berlalu,tanpa kita sedar..MashAllah.

Ramadhan bulan mulia, bulan tarbiyah, sebuah perumpamaan yang mengubah seekor ulat yang menjijikkan menjadi kupu-kupu yang indah penuh pesona. Ianya dimana bulan yang penuh dengan keberkatan segala dosa-dosa dihapuskan dan pahala dilipat gandakan. Sebuah hadis Rasul saw menyebut " Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah swt, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".

Sayangnya bulan ini hanya ada satu kali dalam satu tahun dan hanya 29 atau 30 hari sahaja dalam sebulan. Juga belum ada jaminan bulan Ramadhan tahun hadapan kita masih diketemukan dengannya, erm Ramadhan pada kali ini hanya 29 hari sahaja, rasa seperti tidak mencukupi untuk kita melakukan amal ibadah bukan??jadi kita perlulah merebut peluang untuk berbuat amal ibadah dengan sebanyak yang mungkin, dengan seikhlas yang mungkin insyAllah.

Kenapakah bila tibanya bulan Ramadhan, kita semua ingin melakukan amal ibadah sebanyak mana yang kita mampu?? kenapakan ianya terlalu istimewa?kenapa bila tiba je Ramadhan semua berlumba-lumba pergi ke masjid, berteraweh, solat berjemaah bersama-sama, pergi menunaikan umrah, bersedekah, bangun di malam hari "qiam" senang kata semuanya melebihi daripada bulan-bulan yang biasa etc??..

Ramadhan menjadi istimewa kerana bulan ini pahala diibaratkan seperti "bonus,megasales" ianya sangat luar biasa, yang mubah setara sunat, yang sunat setara wajib, yang wajib dilipat gandakan lagi, dosa-dosa dari Ramadhan tahun lalu akan diampuni, sudah pasti bulan special ini harus kita manfaatkan sebaik mungkin, jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang rugi kerana melewatkan kesempatan berharga Ramadhan ini, kerana tidak ada jaminan tahun depan kita masih dipertemukan kembali. Siapa tahu inilah Ramadhan terakhir kita.

:)

PS: sama-samalah kita mentarbiyah dan mendidik diri kita keyh!insyAllah diperkenankan segala amalan kita..jom gear up, muhasabah diri kita dan terus istiqamah dengan apa yang kita amalkan!

*erline juz back from ''surau'' wit her student, Alhamdulillah :)

*semoga kita menjadi seperti ulat tersebut dan akhirnya ditukarkan menjadi seekor kupu-kupu yang indah penuh pesona.

Selamat Malam,

Herline Ramli

No comments: