Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 February, 2011

after 30 years

salam,juz want to share..erkk,banyakknye kekayaan Mubarak nih..perghh.

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b


KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin. Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound. Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California. Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain. "Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini. "Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa,"
katanya. Laporan Al Khabar .

PS:hurmm mungkin negara kita akan jadi seperti negara mesir if kita terlalu mengikut peraturan yg manusia sendiri ciptakan,dengan membelakangkan hukum Allah SWT..renung-renungkan.

PEACE HEPPY ENJOY BLESS
Adios
Erline

No comments: